CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Monday, October 2, 2017

Percaya Padaku 6

”Jerryyyy, kartun dah mulaaaaa!!” Tom melaung memanggil nama Jurina apabila siri kartun Tom & Jerry sudah ke udara.
”Kejap lagi orang turun!!” Jurina juga ikut melaung dari atas.Tidak lama kemudian, bunyi orang berlari di tangga kedengaran. Jurina terus terjun ke atas sofa.
”Ni perempuan ke jantan ni? Perangai macam apa entah!” Tom bersuara. Jurina menjelirkan lidah.
”Mana ais krim?” Jurina bertanya apabila melihat di tangan Tom tiada mangkuk ais krim.
”Ada kat peti ais, pergilah ambil.”
”Ala... pergilah ambilkan... pleasee.... pleeaseee...” Jurina sudah membuat muka seperti kucing Shrek. Dia tahu, jika dia membuat wajah begitu, pasti Tom akan mengalah.
”Ish budak ni, mengada-ngada taik kuda!” Ujar Tom dan terus bangun untuk mengambil ais krim atas permintaan Jurina. Jurina tersenyum gembira. Dia mengambil remote control dan menguatkan volume televisyen.
”Nah!” Tom menyerahkan mangkuk ais krim dan sudu kepada Jurina. Cepat-cepat Jurina mahu mengambilnya. Tom menarik semula mangkuk tersebut.
”Cakap apa?” Jurina tersengih.
”Terima kasihh..”Barulah  Tom menyerahkan mangkuk tersebut kepada Jurina. Tanpa berlengah, Jurina membuka penutup mangkuk dan terus menyuap ais krim ke dalam mulutnya. Sesekali dia menyuapkan ais krim tersebut ke mulut Tom.
”Jerry.. Aku ada satu pertanyaan.” Tiba-tiba Tom bersuara.
”Apa dia?” Jurina menjawab sambil tangannya menceduk ais krim.
”Dah lama aku nak tanya, musykil...”
”Ye lah, apa dia.”
”Bukan Tom tu kucing ke?”
”Hah? Maksud kau?” Tanya Jurina pelik.
”Aku tengok dalam cerita ni, Tom tu kucing, Jerry tu tikus tu. Asal kau bagi tikus kau nama kucing?”
”Mana ada, Tom tu tikuslah!”
”Kucing...”
”Tikus..”
”Tak percaya, cuba tengok kat internet.”
”Ok, kejap aku ambil laptop. Kalau betul Tom tu tikus, kau nak bagi aku apa?” Jurina menaikkan kening beberapa kali.
”Ok, aku akan kemas rumah kau yang macam sarang tikus ni kalau Tom tu tikus. Tapi kalau Tom tu kucing, kau kena kemas rumah kau ni sampai aku puas hati. Deal?” Jurina mengerutkan dahi. Boleh percaya ke dia nak kemas ni?
”Ok, deal! Kau tunggu kejap. Aku nak ambil laptop!” Sekelip mata Jurina hilang dan kembali semula di hadapan televisyen. Mereka menaip kata kunci Tom & Jerry. Terpapar segala maklumat tentang kartun tersebut. Mereka memilih laman wikipedia untuk melihat maklumat yang dikehendaki.
‘Tom and Jerry is an American series of theatrical animated cartoon films created by William Hanna and Joseph Barbera for Metro-Goldwyn-Mayer, centering on a never-ending rivalry between a cat (Tom) and a mouse (Jerry) whose chases and battles often involved comic violence.’
“Apa??? Tom tu kucing??” Jurina menjerit dengan rasa tidak percaya.
”Hahaha.. Yes, aku menang! Apa daaaa.. selama ni tengok kartun ni pun tak tahu mana satu kucing, mana satu tikus.”
”Patutlah tikus aku tu mati. Aku bagi nama kucing. Dia tak boleh terima agaknya.”
”Terima tak terima, soalnya sekarang kau kena kemas rumah sampai aku puas hati. Faham?”
”Huarggghhhhh! Mengantuklah pula. Nak tidurlah. Selamat malam!” Ujar Jurina sebelum menghilangkan diri.
”Hei, aku ingat janji kita. Jangan ingat aku lupa pula!!” Laung Tom dari bawah.
******
”Sana tu tak bersih lagi.” Jurina menjeling tajam pada Tom.
”Tolonglah juga! Ini menyuruh je lebih!”Bentak Jurina sambil membaling penyapu yang dipegangnya.
”Perjanjian tetap perjanjian. Pergi buat, jangan kacau aku tengok tv.” Hish! Jurina merengus. Dia duduk dengan ganas di sebelah Tom.
”Siapa kata boleh duduk ni. Pergi siapkan cepat!”Marah Tom sambil menolak Jurina dengan kakinya.
”Tak nak! Penatlah! Aku nak tengok tv.” Tom mematikan televisyen.
”Pergi siapkan cepat atau aku akan sorokkan remote ni!”
”Eleh, macamlah aku tak boleh hidupkan guna punat kat tv tu.” Cebik Jurina. Dia terus bangun dan cuba menekan punat-punat tersebut tapi tidak boleh. Jurina memandang Tom.
”Kenapa tak boleh?” Tom tersenyum sinis mendengar pertanyaan Jurina.
”Bak sini remote tu!”
Never selagi kau tak habiskan kerja-kerja kau ni dulu. Dua hari, dua harilah baru kau dapat remote control ni.” Terus Tom menghilangkan diri dengan remote yang dipegangnya.
”Tooommmmmm!!” Jurina memukul-mukul dadanya untuk menghilangkan sakit hatinya.
”Aku nak tengok tvlah bongok!” Jerit Jurina sendirian. Sambil melihat kelilingnya yang sunyi sepi.
”Cakap dengan hantu, macam cakap dengan angin.” Jurina menggaru kepalanya yang tidak gatal. Jurina menghempas punggungnya dengan kasar. Dia menyepak penyapu yang ada di hujung kakinya.
”Hantu punya hantu!” Rungut Jurina lagi.
*****             
”Dah habis kemas dah, boleh aku dapatkan remote control aku balik?” Tanya Jurina dengan geram. Tiga hari dia cuba menagih untuk mendapatkan semula remote control itu tapi tidak berjaya.
”Belakang tu ada lagi yang tak kemas. Pergi kemas dulu.” Ujar Tom acuh tak acuh. Jurina menghentakkan kaki.
”Baik, kalau kau tak nak bagi juga. Aku ada alternatif lain.” Jurina mencapai kunci keretanya dan terus berlalu keluar.
”Kau nak pergi mana tu?” Pertanyaan Tom tidak dilayan oleh Jurina. Dia terus menghidupkan enjin kereta dan mengundurkan keretanya. Tom ikut serta di dalam kereta.
”Dah malam ni, kau nak pergi mana ni?”
”Tengok tv..” Ujar Jurina membuat muka slamber.
”Apa??” Jurina menghentikan keretanya di sebelah kedai mamak.
”Kalau setakat nak tengok tv, aku boleh bagi balik remote kau. Tak payahlah sampai nak tengok tv kat kedai mamak ni. Jom balik.” Jurina menjeling.
”Dah terlambat!” Jurina terus keluar dan mencari tempat yang kosong. Kedai agak penuh, hanya ada satu sahaja lagi tempat kosong. Cepat-cepat dia mendapatkan tempat itu.
”Sudah order?” Jurina menggeleng lalu memesan makanan untuknya. Tom disebelahnya sibuk berleter dan menyuruhnya pulang sahaja. Jurina hanya mengabaikan sahaja leteran Tom.
”Boleh saya duduk di sini?” Serentak Jurina dan Tom mengangkat muka. Wow! Kacaknya mamat ni. Jurina tersengih sambil mengerling Tom sekilas. Wajah Tom sudah berubah.
”Sila-sila..”
”Jerry! Kau bukan kenal dia ni. Kenapa kau bagi dia duduk kat sini!” Tom naik berang apabila senang-senang Jurina mempelawa lelaki itu duduk.
”Maaflah, saya bukan niat nak menganggu. Tapi tempat duduk semua dah penuh.”
”Tak apa, saya faham..”
”Faham kau kata Jerry, entah-entah dia ni sengaja nak bubuh kat air kau ni ubat tidur. Sebab tu dia dekat-dekat dengan kau. Baik kau halau dia sekarang.”
”Awak dah order? Pergilah order, nak saya panggilkan mamak tu ke?” Jurina sengaja membakar Tom.
”Jerrryy!!!” Tom memarahi Jurina tapi Jurina masih mengabaikannya.
”Dah..dah, jom kita balik. Karang kita duduk lama-lama kat sini, lain pula jadinya. Jom balik!” Jurina mengerlingnya sekilas. Jurina langsung tidak mengendahkan kata-kata Tom, malah dia berbual-bual mesra dengan lelaki itu. Tom jadi tidak senang duduk melihat Jurina tersenyum manis di hadapan lelaki itu. Sepanjang masa dia berleter.
”Oklah awak, saya balik dulu. Nanti ’abang’ saya kat rumah tu membebel pula kalau saya balik lambat sangat.” Jurina sengaja memerli Tom.
”Dah-dah, cepat pergi. Karang dia mintak nombor kau pula nanti.”
”Err.. boleh saya minta nombor telefon awak?” Jurina bertanya pada lelaki itu. Dia ketawa terbahak-bahak di dalam hati kerana berjaya mengenakan Tom cukup-cukup kali ini. Dia melihat Tom duduk terjelepuk di atas kerusi.
”Kau sengaja nak kenakan aku kan??” Ujar Tom dengan nada sedih. Ketawa Jurina hampir terburai namun masih dapat dikawal. Lelaki di hadapannya pula terpinga-pinga dengan tindakan berani Jurina meminta nombornya. Namun dia menulis juga nombor telefonnya di atas tisu. Sorrylah encik, saya bukan nak betul-betul pun, cuma nak mainkan Tom je.
”Boleh saya mintak nombor telefon awak juga?” Tanya lelaki itu.
”Nanti saya miss call. Telefon saya ada di rumah. Lupa nak bawa tadi.” Ujar Jurina memberi alasan.
”Saya balik dululah, Assalamualaikum..” Jurina bangkit dan menuju ke kaunter bayaran. Sepanjang perjalanan menuju ke kereta, Tom hanya mendiamkan diri.
”Kenapa kau senyap?” Tom membuat muka dan menguncikan mulut. Jurina menghidupkan enjin kereta sambil matanya masih melihat wajah Tom yang monyok.
”La, merajuk ke?” Usik Jurina lagi sambil tergelak kecil. Tom memalingkan muka. Ketawa Jurina masih tersisa. Tangannya panjang menekan butang untuk menghidupkan radio. Kedengaran lagu Kris Dayanti bertajuk ’Aku wanita biasa’. Jurina ikut menyanyikan lagu itu. Tom mendengus apabila mendengar lirik terakhir lagu itu.
”Apa maaf-maaf!”Jurina tergelak lagi. Walaupun dimarahi namun dia berasa senang hati kerana dapat mengenakan Tom.
”Hari-hari kita gaduh. Rasa tak cukup sesuatu kalau kita tak gaduh sehari, kan?” Jurina bersuara. Tom menoleh pada Jurina yang sedang tenang memandu.
”Kalau kau tak ada nak sedarkan aku, mungkin sampai sekarang aku berkurung lagi dalam rumah tu dan jadi langsuir dan hidup tak terurus.” Jurina memandang Tom dengan pandangan yang lembut.
”Aku sangat hargai kau ada di sisi aku sekarang. Terima kasih..” Kata-kata itu terus membuatkan Tom tersenyum. Terus sejuk hatinya mendengar kata-kata Jurina.
***** 
Jurina duduk kaku sambil bersandar di atas buaian sambil memandang bintang di langit dengan linangan air mata. Hanya kakinya sahaja yang bergerak perlahan untuk menghayunkan buaian.
”Hei, kenapa menangis ni?” Tom yang muncul entah dari mana menyapanya. Jurina. Jurina menoleh. Cepat-cepat dia mengelap matanya yang masih basah.
”Tak ada apa-apa..” Jurina bersuara lemah. Tom menghampiri Jurina dan berlutut di hadapannya. Dia merenung wajah Jurina.
”Aku ada kalau kau nak luahkan perasaan.” Terus Jurina menangis teresak-esak di hadapan Tom. Tom duduk di sebelahnya sambil merangkul bahu Jurina bagi menenangkannya. Tom mengelus-elus lembut bahu Jurina. Kepalanya dilentokkan ke bahu Tom.
”Hari ni, harijadi kami...” Kata Jurina apabila tangisannya sudah mula reda. Barulah Tom faham kenapa dia menangis sendirian lagi di sini.
”Selalunya kami sambut berdua di sini.” Air mata Jurina meleleh lagi. ”Tapi.. sekarang dah tak ada siapa-siapa nak sambut dengan aku.” Sayu sahaja kata-kata Jurina.
”Siapa kata tak ada, aku kan ada.”
”Erm..” Jurina menggumam. Tidak tahu mahu berkata apa untuk membalas kata-kata Tom.
”Trust me, I’ll make you happy. Tunggu kejap.” Sekejap sahaja Tom menghilangkan diri dan kembali semula. Tangannya disorokkan ke belakang. Perlahan-lahan dia menunjukkan benda yang disorokkan di belakangnya tadi. Muffin perisa oren yang sedia ada di dalam peti sejuknya dan sebatang lilin putih. Jurina tergelak kecil, mana ada orang sambut dengan kek kecil dan lilin besar.
”Happy birthday to you... Happy birthday to you... Happy birthday to Jerry.. Happy birthday to you.. Tiup lilin ni..” Jurina meniup lilin putih itu apabila di suruh. Tom mencuit sedikit kek ditangannya dan di suap ke mulut Jurina.
”Sorry, aku tak tahu pun hari ni hari jadi kau. Kalau aku tahu, mesti aku sambut besar-besaran punya.”
”Terima kasih.. bagi aku ini pun dah memandai.” Jurina merenung Tom. Tom menjadi serba salah.
”Kenapa kau pandang aku macam tu?” Tiba-tiba Jurina memeluk Tom. Tom tergamam.
”Tak tahulah dah berapa kali aku ucap terima kasih pada kau. Tapi aku betul-betul maksudkannya. Terima kasih Tom, terima kasih  sebab selalu ada dengan aku masa aku betul-betul perlukan seseorang.” Tom mengeluh lega. Untuk kau Jerry, aku sanggup!


0 comments: